1. GUNUNG KINABALU
- Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia. Gunung kinabalu ini merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. Di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Selain itu, gunung Kinabalu merupakan gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.
2. PULAU SIPADAN
- Ia terletak di Semporna, Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.
3. PANTAI TANJUNG ARU
- Pantai Tanjung Aru terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dari Kota Kinabalu. Selain mandi-manda dan berehat di pasiran pantai anda boleh cuba menunggang kuda. Berjalan berpegangan tangan di Taman Putera Philip atau menjelajah pulau-pulau berhampiran dan memancing laut dalam di Laut China Selatan. Bawalah si dia menaiki bot dengan dasar gelas untuk menikmati kecantikan terumbu karang diluar jangkaan di Taman Negara Tuanku Abdul Rahman. Kesemua lima pulau di taman negara laut juga memilki pantai-pantai yang indah dan hutan-hutan dengan jalan denai. Anda disyorkan menginap di resort lima bintang di Tanjung Aru untuk saat berbulan madu yang tidak luput diingatan.
- Lawatan ke Taman Kinabalu tidak akan sempurna tanpa buaian oleh Air Panas Poring. Terletak 40 kilometer (25 batu) timur laut sedikit dari Taman HQ, Air Panas Poring terletak di kawasan tanah rendah. Air Panas Poring ini mempunyai sifat penyembuhan dan sangat popular di kalangan penduduk tempatan.
- Terdapat juga kawasan-kawasan lain yang menarik di taman yang akan dilawati seperti ladang rama-rama, Poring Pusat Pemuliharaan Orkid, taman tropika, laluan kanopi Poring, dan bunga Rafflesia tapak.
Selain itu, antara tempat menarik yang boleh anda lawati di Sabah ialah:
1. Pedas Rafting
2. Tanjung Simpang Mengayau
3. Taman Bukt Tawau
4. Lok Kawi
5. Rumah Terbalik
6. Desa Cattle ( Ladang Lembu Mesilou)
7. Pulau Silingan
gunung kinabalu dan kepulauan2 yg trdapat di sabah semuanya cntik2 belaka... =)
ReplyDeleteianya amat menarik jika bercuti bersama keluarga mahupun berbulan madu bagi yg bru shj mndirikan rumah tgga...pape pown thanks sbb ayu sudi share tmpt2 yg menarik nie... =)
Salam..kebanyakkan tempat di Sabah memang menarik perhatian saya, kecantikan pemandangannya membuatkan hati saya tenang dan terasa damai walaupun hanya melihat gambar, saya dapat merasai keindahan pemandangannya. Maklumat yang diberikan sangat menarik..terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu ini..TQ
ReplyDeletejomlah kite ke sabah... (^^,)
ReplyDelete