Friday, September 13, 2013

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KEDAH

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KEDAH


1.      JAMBATAN TOK PASAI KUALA KEDAH


·         Jambatan ini terletak di bahagian utara Kedah, dalam daerah Kota Setar dan berfungsi untuk menghubungkan Kampung Kubang Jerangau, dari Seberang Kota Kuala Kedah ke Kampung Ulu, Kuala Kedah di atas Sungai Negeri Kedah melalui Laluan K143. 
·         Dinamakan sempena seorang pendekar yang juga seorang Ulama yang berasal dari Pasai, Indonesia. Di Indonesia beliau merupakan seorang pejuang mempertahankan Agama Islam dan justeru itu beliau menjadi buruan pihak Belanda hingga terpaksa berhijrah dari tempat asalnya. 
·         Selain daripada Jambatan Tok Pasai, perkampungan sebuah terusan yang berhampiran juga dinamakan semula sebagai Kampung Tok Pasai dan Alor Tok Pasai. Sebuah makam kecil telah didirikan selepas kematian beliau oleh penduduk kampung yang bersedih di penghormatan kerana peranannya dalam menyebarkan Syiar Islam di Kuala Kedah. 

2.      PUSAT SAINS WILAYAH UTARA, ALOR SETAR


·         Lokasinya terletak di Gunung Keriang kira-kira 8 km dari bandar Alor Setar dan bersebelahan dengan Muzium Padi. Pusat sains ini mempamerkan kepada orang ramai berkenaan dengan sains, teknologi dan inovasi terbaru.
·         Pusat sains ini dibuka setiap hari bermula pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang

3.       AIR TERJUN TITI HAYUN, DAERAH YAN


·         Letaknya 3 km dari Pekan Yan atau 40 km dari Alor Setar. Dihiasi denai-denai hutan sepanjang 1km untuk menuju ke Air Terjun Puteri Mandi yang mempunyai mitosnya yang tersendiri. Antara kemudahan rekreasi yang disediakan untuk pengunjung adalah chalet, surau, gerai makanan, kawasan meletak kenderaan, pondok rehat, dewan terbuka, tandas awam, tempat persalinan dan lain-lain. 

4.      AIR TERJUN LATA MENGKUANG , SIK


·         Terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi kawasan 72 dengan kedudukan 12 kilometer dari Pekan Sik atau 95 kilometer dari Bandaraya Alor Star. Dihubungi oleh jalan raya ke Kampung Weng yang berdekatan Sempadan Negara Malaysia-Thailand
·         Hutan Lipur Lata Mengkuang terdiri daripada Hutan Dipterokarp Pamah yang terletak sekitar 200 meter dari paras laut. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna seperti pokok Meranti Melantai, Meranti langgong, Meranti tembaga serta Palma. Terdapat sebatang sungai yang bernama Sungai Chepir yang mengalir di hutan lipur ini yang mempunyai aliran air yang jernih serta pemandangan batu-batan yang menarik sesuai untuk tempat perkelahan dan mandi-manda.
·         Terdapat denai hutan dari jalan balak lama sepanjang 5 km yang menghubungkan hutan ini dengan Hutan Lipur Lata Lembu. Kemudahan asas disediakan seperti untuk mandi, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini pengunjung boleh menjalankan aktiviti bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini. 

5.      SUNGAI SEDIM TREE TOP WALK, KULIM


·         Tree Top Walk di Taman Rekreasi Sungai Sedim, Kulim adalah sepanjang 950 meter merentasi Sungai Sedim dan merupakan sebuah titian yang terpanjang di dunia. Pelancong dari dalam dan luar negara datang ke sini untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang titian kanopi ini. 



·         Pengunjung berpeluang melihat pemandangan hutan hujan yang tua ini dari perspektif yang amat berbeza ketika menyusuri Sungai Sedim Tree Top Walk termasuk pemandangan sungai yang mengalir deras, pelbagai spesies tumbuhan dan hidupan liar yang sungguh menawan. Kesemuanya dapat diterokai dari ketinggian 50 meter dari permukaan tanah.



UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI
http://kedah2u.com.my/malaysia/02-kedah-darul-aman/jambatan-tok-pasai-kuala-kedah.html
http://www.geographia.com/malaysia/places.htm

3 comments:

  1. kedah juga merupakan tmpat yg sesuai utk dijadikan tmpat percutian...rupa bntuk muka bumi nye yg permai juga mmbuatkan sy truja utk sy melancong ke sana...thanks for tht info... =)

    ReplyDelete
  2. nmpk cntk jek air terjun kt lata mengkuang ni.... blh la sy bt aktiviti readah bsama kwn2 sy ni.... thnks ye

    ReplyDelete
  3. kalau kite buat program at dalam kawasan di atas tu boleh ke???

    ReplyDelete