Thursday, September 26, 2013

LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA




                     Assalamualaikum semua... pada 29/8/2013..saya dan kawan-kawan telah mengikuti satu lawatan ke PUSAT SAINS NEGARA.. Alhamdulillah segala ilmu dan info yang saya perolehi akan saya kongsikan dengan semua,, harap korang semua enjoy reading my blog...

                     Untuk pengetahuan semua PUSAT SAINS NEGARA atau PSN ini terletak di Persiaran Bukit Kiara,Kuala Lumpur, Malaysia. PSN merupakan sebuah muzium yang bertemakan sains dan teknologi.

                                     

                                     

                                                     










Antara yang menarik perhatian saya dan rakan-rakan adalah PINPRESSION.


Pinpression merupakan bahan pameran yang mempunyai keupayaan menyimpan imej 3D dengan gerakan pin-pin kecil secara manual melalui tekapan sesuatu objek atau permukaan.

Selain itu, antara tarikan baru di PSN ialah pameran bertema 1001 INVENTION.





                   PSN telah membawa masuk satu pameran bertema bertaraf antarabangsa iaitu 1001 INVENTIONS. Kegemilangan Tamadun Muslim yang dipamerkan pada bulan Julai 2013. Pameran ini pernah memenangi Museum and Heritage Excellence Award sebagai pameran terbaik pada 2011.

                   Matlamat utama pameran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai pencapaian saintifik dan kebudayaan tamadun Islam pada kurun ketujuh dan tahun berikutnya. Pameran ini telah menerima lebih tiga juta pengunjung ketika penganjurannya di London, Istanbul, New York, Los Angeles, Washington dan Asia barat sebelum ini.

SEKIAN TERIMA KASIH

Untuk sebarang info anda boleh layari laman web berikut 




5 comments:

  1. salam... saya nak bertanya.. saya sangat tertarik dengan maklumat yang ayu share kan..jadi disini saya nak bertanya...apakah aktiviti yang boleh dan aktiviti yang paling menarik yang saya boleh buat sekiranya saya berkunjung ke sana dan bagaimana dengan bayaran masuk ? terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi bertanya saudari cik peah,, terdapat pelbagai aktiviti berkaitan sains... manakala untuk bayaran masuk saudari boleh layari laman web berikut http://www.psn.gov.my/info-pelawat-kandungan/?pg=2

    ReplyDelete
  3. PSN sesuai dijadikan tmpat lwatan bersama pelajar2 sekolah mahupun di peringkat IPT...info yg sgt trbaik...tq... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..betul 2.PSN merupakan gedung ilmu yang sangat menarik untuk diterokai oleh setiap peringkat umur..

      Delete
  4. selain tu, apakah tempat pelancungan yg menjadi tmpt gedung ilmu??

    ReplyDelete