Monday, September 16, 2013

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PERAK

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PERAK

1. PULAU PANGKOR




  • Pulau Pangkor terletak di negeri Perak di perairan Selat Melaka. Luasnya hanya 2 200 hektar dan penduduknya hanya 25 000 orang. Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik seperti Kota Belanda, Batu Bersurat dan Pantai Puteri Dewi.
  • Pulau Pangkor boleh dijajahi dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti seperti berenang dan bersnorkeling.
2. AIR TERJUN LATA KINJANG


  • Lata Kinjang merupakan air terjun yang mempunyai ketinggian mencecah 80 meter, terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah. Dari pekan Tapah pengunjung dikehendaki mengikut laluan yang menuju ke pekan Cenderiang iaitu pekan lama yang paling berhampiran dengan air terjun ini
  • Pada 1 September 2010, kawasan itu ditutup untuk orang ramai berikutan berlaku fenomena ''kepala air'' yang berlaku akibat hujan lebat membawa banjir besar sehingga menyebabkan Lata Kinjang ini mengalami kerosakan teruk.
3. GUA TEMPURUNG


  • Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa.Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.
  • Gua Tempuruung terdiri dari 5 buah kubah besar yang syilingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiaap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza.
  • Gua Tempurung ini merupakan gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia.
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari http://ms.wikipedia.org/wiki/Gua_Tempurung
4. LOST WORLD OF TAMBUN


5.MENARA JAM CONDONG TELUK INTAN


  • Menara Condong ini merupakan sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan , Perak. Ia merupakan mercu tanda bagi Teluk Intan sejak beberapa lama dahlu lagi. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali.
  • Ia emiliki ketinggi setinggi 85 kaki dan mempunyai 110 anak tangga. Walaupun telah berusialebih seratus tahun, ia masih berdiri kukuh.
  • Menara ini sebenarnya takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. bangunan 3 tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancung yang mengunungi bandar Teluk Intan.
  • Kini bangunan purba ini mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.

9 comments:

  1. tmpat percutian yg menarik juga...sy juga sgt trtarik dgn keunikan yg ada pd menara condong...ianya sgt unik...pape pown thanks sbb sudi share tmpat2 yg menarik nie... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara hackerfaiz,menara condong ternyata memiliki pelbagai keunikan yang tersendiri, walaupun telah lama dibina bangunan ini ternyata masih utuh dan kukuh.

      Delete
  2. nmpk menarik la sunway ni..... brape ye agaknya kos utk masuk kesitu dan ada ke ia menyediakan tmpat peginapan di situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi bertanya muhammad yusri.. untuk mengetahui tentang bayaran masuk saudara boleh melayari link ini http://www.sunwaylostworldoftambun.com/product/lost-world-entrance-tickets/

      Delete
    2. Manakala terdapat tempat penginapan berhampiran lokasi ini. Contohnya saudara blh layari link in http://www.agoda.com/lost-world-hotel/hotel/ipoh-my.html?type=1&site_id=1410012&url=http://www.agoda.com/lost-world-hotel/hotel/ipoh-my.html&tag=C546EFF0-B017-4268-95A7-D1F15924BA6B&adid=36925136732&network=g&adpos=1t1&expid=&rand=2572266191629762072&device=c&gclid=CNeJ0cHl67kCFeWn4godySIAeQ&cklg=1

      Delete
    3. trma ksh ye tok maklumat ni kak......

      Delete
  3. menara condong di teluk intan sgt menarik perhatian sya..sy seorg kaki jln,, tp setakat ini sy belom pernah lg melawat menara nie,, Insyallah suatu hari nnti sy akan sampai jgak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sebagai pengepos sendiri teruja bila melihat gambar-gambar menara ini. Memang menarik perhatian.

      Delete
  4. wah...mmg cantik... ada x tempat penginapan yg terdekat???

    ReplyDelete