1. HUTAN LIPUR BUKIT AYER
- Hutan Lipur Bukit Ayer merupakan kawasan hutan semulajadi yang amat sesuai dan menarik untuk menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi. Air sungai yang dingin dan jernih yang melalui panorama hutan tropika yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan, serta air terjunnya yang melata ke dalam kolam di bawah, menjadikan ia satu lokasi yang ideal bagi tujuan berkelah dan berehat.
- Hutan Lipur Bukit Ayer terletak 12 km dari Bandar Kangar. Beberapa kemudahan disediakan untuk seperti pusat penerangan, chalet, tapak perkemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan tempat letak kereta.
- Air terjun dan sungai yang mengalir jernih secara semulajadi mengindahkan suasana. Pada bahagian hilirnya pula terdapat sebuah kolam mandi yang cantik untuk para pengunjung.
- Di sini juga dikhaskan sebuah kolam mandi untuk kanak-kanak. Tapak perkhemahan yang menampung kira-kira 100 orang peserta dilengkapi dengan tempat memasak dan sumber air yang bersih. Bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak terdapat denai yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Disini juga terdapat tempat permainan kanak-kanak, gerai makanan, bilik air, surau dan pondok-pondok rehat.
2. TAMAN REKREASI TASIK MELATI
- Tasik Melati terletak 8 km ke utara Kangar di dalam kawasan seluas 10 hektar. Sementara tasik seluas 4.5 hektar ini terletak di kawasan tanah jenis paya / gambut. Terdapat lebih dari 150 buah pulau kecil di sekitarnya yang boleh dilawati dengan menggunakan bot atau sampan.
- Tasik Melati juga merupakan satu tasik yang kecil dengan airnya yang cetek dan sangat menarik. Lebih dari 150 buah pulau-pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan ditasik ini. Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik, di sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirehat.
- Tasik Melati terletak di utara Kota Kangar, Perlis. Ia adalah sebuah tasik yang kecil tapi indah. Ia mendapat namanya melalui bunga teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk berkelah, dan juga agak sesuai untuk menenangkan fikiran.
3. GUA KELAM
- Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia iaitu gua yang berukuran 370-meter panjang yang berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36 km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Terbaru, Gua Kelam bakal menjadi tarikan baru di Perlis.
- Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua (“cave walk”)
- Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua.
4. TAMAN NEGERI
- Taman Negeri terletak di Sempadan Barat Negeri Perlis di mana Semenanjung Malaysia bercantum dengan Thailand. Ia berkedudukan di atas Banjaran Bukit Batu Kapur yang terpanjang di Malaysia (Banjaran Nakawan). Ia mempunyai lereng bukit yang diselubungi hutan tebal, dinding batu yang curam, anak sungai dan gua yang terpanjang. Taman Negeri terdiri dari hutan simpan Mata Ayer dan Hutan Simpan Wang Mu.
- TARIKAN UNGGUL (Keindahan flora dan fauna, Trek Kambing Gurun, dan Air Terjun Lata Kasih)
- KEMUDAHAN (kemudahan rekreasi seperti kayak, tandas, jalan raya,titian, wakaf dan apak perkhemahan)
5. MASJID TERAPUNG (MASJID AL-HUSSAIN)
- Masjid Al Hussain, Kuala Perlis merupakan suatu binaan masjid terapung yang dibina berhampiran Jeti Kuala Perlis, Perlis,Malaysia. Masjid ini telah dibina di tepi pantai Kuala Perlis menghadap laut Selat Melaka. Ia telah dibina hasil sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf dan dibuka 8 Ogos lalu. Imam Masjid Al Hussain kini ialah Mohammad Dhiya'al Hafidh Fatah Yasin.
- Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis ini mengambil masa selama empat (4) tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM 12 juta. Sebahagian daripada binaannya menganjur ke laut Selat Melaka.
- Resort tropika moden ialah tema seni bina yang ditonjolkan menerusi sentuhan artistik pada masjid itu. Konsep tersebut telah diterjemahkan pada laman dan suasana santai menerusi persekitaran masjid tersebut.
6.Selain itu anda juga blh melawati pelbagai tempat yang menarik di perlis seperti:
- MUZIUM KOTA KAYANG
- PADANG BESAR
- HUTAN LIPUR BUKIT KUBU
- TAMAN REKREASI TASIK TIMAH TASOH
- TAMAN ULAR DAN REPTILIA BATU PAHAT
- TAMAN BUNGA KERTAS TUANKU LAILATUL SHAHREEN
- BANDAR DIRAJA ARAU
- TITI GANTUNG PENGKALAN ASAM
7. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.perlis.gov.my/index.php/ms/galeri-foto/category/2-tempat-menarik-di-negeri-perlis
sy amat reruja untuk memasuki gua tu...insyaAllah lau ada rzki sy akan smpi perak juga nti...thanks share tmpt2 percutian yg menarik nie... =)
ReplyDelete*perlis
ReplyDeleteJemputlah datang dan terokailah sendiri tempat-tempat menarik di Perlis,, biarpun Perlis memiliki kawasan yang kecil, terdapat pelbagai khazanah dan tempat menarik yang boleh diterokai di sini..
Deleteawak.. dalam gua tu ada x hidupan selain ular atau kelawar????
ReplyDelete