1. MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH, KUALA IBAI
- Masjid Tengah Tengku Zaharah atau dikenali Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Teengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setie Raja.
- Terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu dan mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri. Masjid ini telah dibina di atas air di muara Sungai Ibai.
- Masjid ini bernilai RM 6.997 Juta dan direka bentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
2. TASIK KENYIR
- Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara yang terletak di sempadan negeri Pahang dan Kelantan. Hutan simpan Tembat, Petuang, Hulu Telemong dan Ulu Terengganu merupakan hutan-hutan simpan yang berada di dalam kawasan Tasik Kenyir.
- Antara air terjun yang menjadi tarikan di sini ialah Soak, Tembat dan Lasir.
3. PASAR BESAR KEDAI PAYANG
- Pasar ini terdiri dari bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai yang menjual kuih-muih tradisoinal negeri Terengganu, manakala bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual barangan.
- Pasar ini terletak berhampiran jeti Shabandar dan menjadi tempat persinggahan pelancong yang ingin menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.
- Pasar ini terkenal dengan barangan seperti songket dan batik Terengganu.
4. MUZIUM TERENGGANU
- Muzium Negeri Terengganu bukan sahaja mempunyai keunikannya tersendiri, bukan sahaja dari segi saiz dan keluasan muzium yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara tetapi di dalamnya memuatkan pelbagai tinggalan sejarah Negeri Terengganu terutama sekali Batu Bersurat Terengganu yang mempunyai pelbagai sejarahnya yang tersendiri.
- Antara galeri-galeri yang terdapat di dalam muzium ini ialah galeri tekstil, galeri diraja, galeri kraf, galeri sejarah, galeri senjata, galeri petroleum, dan lain-lain.
5. HUTAN LIPUR SEKAYU
- Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali sebagai Air Terjun Sekayu terletak di dalam kawasan Hutan Simpanan Hulu Terengganu Dalaman. Mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesies tumbahan dan pokok terdapat di dalam hutan ini termasuk tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
- Keunikan hutan ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang berjaya menarik perhatian pelancong.Air sungainya yang jernih dan sejk berjaya menarik pelancong dari luar dan dalam negara.
alhamdulillah...sy amat tertarik dgn masjid terapung itu...sngt cntik dan indah...pape pown info yg sgt trbaik tmpat percutian nie...slmat bercuti.. =)
ReplyDeleteTerima kasih atas komen... =)
Deletebetol ke at tasik kenyir tu ad naga? mitos atau dongeng?
ReplyDelete