Thursday, September 26, 2013

LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA




                     Assalamualaikum semua... pada 29/8/2013..saya dan kawan-kawan telah mengikuti satu lawatan ke PUSAT SAINS NEGARA.. Alhamdulillah segala ilmu dan info yang saya perolehi akan saya kongsikan dengan semua,, harap korang semua enjoy reading my blog...

                     Untuk pengetahuan semua PUSAT SAINS NEGARA atau PSN ini terletak di Persiaran Bukit Kiara,Kuala Lumpur, Malaysia. PSN merupakan sebuah muzium yang bertemakan sains dan teknologi.

                                     

                                     

                                                     










Antara yang menarik perhatian saya dan rakan-rakan adalah PINPRESSION.


Pinpression merupakan bahan pameran yang mempunyai keupayaan menyimpan imej 3D dengan gerakan pin-pin kecil secara manual melalui tekapan sesuatu objek atau permukaan.

Selain itu, antara tarikan baru di PSN ialah pameran bertema 1001 INVENTION.





                   PSN telah membawa masuk satu pameran bertema bertaraf antarabangsa iaitu 1001 INVENTIONS. Kegemilangan Tamadun Muslim yang dipamerkan pada bulan Julai 2013. Pameran ini pernah memenangi Museum and Heritage Excellence Award sebagai pameran terbaik pada 2011.

                   Matlamat utama pameran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai pencapaian saintifik dan kebudayaan tamadun Islam pada kurun ketujuh dan tahun berikutnya. Pameran ini telah menerima lebih tiga juta pengunjung ketika penganjurannya di London, Istanbul, New York, Los Angeles, Washington dan Asia barat sebelum ini.

SEKIAN TERIMA KASIH

Untuk sebarang info anda boleh layari laman web berikut 




Monday, September 16, 2013

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PERAK

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PERAK

1. PULAU PANGKOR




  • Pulau Pangkor terletak di negeri Perak di perairan Selat Melaka. Luasnya hanya 2 200 hektar dan penduduknya hanya 25 000 orang. Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik seperti Kota Belanda, Batu Bersurat dan Pantai Puteri Dewi.
  • Pulau Pangkor boleh dijajahi dengan berjalan kaki atau menaiki kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti seperti berenang dan bersnorkeling.
2. AIR TERJUN LATA KINJANG


  • Lata Kinjang merupakan air terjun yang mempunyai ketinggian mencecah 80 meter, terletak kira-kira 18 kilometer dari Tapah. Dari pekan Tapah pengunjung dikehendaki mengikut laluan yang menuju ke pekan Cenderiang iaitu pekan lama yang paling berhampiran dengan air terjun ini
  • Pada 1 September 2010, kawasan itu ditutup untuk orang ramai berikutan berlaku fenomena ''kepala air'' yang berlaku akibat hujan lebat membawa banjir besar sehingga menyebabkan Lata Kinjang ini mengalami kerosakan teruk.
3. GUA TEMPURUNG


  • Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng Perak. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa.Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.
  • Gua Tempuruung terdiri dari 5 buah kubah besar yang syilingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiaap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza.
  • Gua Tempurung ini merupakan gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia.
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari http://ms.wikipedia.org/wiki/Gua_Tempurung
4. LOST WORLD OF TAMBUN


5.MENARA JAM CONDONG TELUK INTAN


  • Menara Condong ini merupakan sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan , Perak. Ia merupakan mercu tanda bagi Teluk Intan sejak beberapa lama dahlu lagi. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali.
  • Ia emiliki ketinggi setinggi 85 kaki dan mempunyai 110 anak tangga. Walaupun telah berusialebih seratus tahun, ia masih berdiri kukuh.
  • Menara ini sebenarnya takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. bangunan 3 tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancung yang mengunungi bandar Teluk Intan.
  • Kini bangunan purba ini mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU

1. MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH, KUALA IBAI




  • Masjid Tengah Tengku Zaharah atau dikenali Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Teengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setie Raja.
  • Terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu dan mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri. Masjid ini telah dibina di atas air di muara Sungai Ibai. 
  • Masjid ini bernilai RM 6.997 Juta dan direka bentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
2. TASIK KENYIR


  • Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara yang terletak di sempadan negeri Pahang dan Kelantan. Hutan simpan Tembat, Petuang, Hulu Telemong dan Ulu Terengganu merupakan hutan-hutan simpan yang berada di dalam kawasan Tasik Kenyir.
  • Antara air terjun yang menjadi tarikan di sini ialah Soak, Tembat dan Lasir.
3. PASAR BESAR KEDAI PAYANG


  • Pasar ini terdiri dari bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai yang menjual kuih-muih tradisoinal negeri Terengganu, manakala bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual barangan.
  • Pasar ini terletak berhampiran jeti Shabandar dan menjadi tempat persinggahan pelancong yang ingin menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.
  • Pasar ini terkenal dengan barangan seperti songket dan batik Terengganu.
4. MUZIUM TERENGGANU


  • Muzium Negeri Terengganu bukan sahaja mempunyai keunikannya tersendiri, bukan sahaja dari segi saiz dan keluasan muzium yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara tetapi di dalamnya memuatkan pelbagai tinggalan sejarah Negeri Terengganu terutama sekali Batu Bersurat Terengganu yang mempunyai pelbagai sejarahnya yang tersendiri.
  • Antara galeri-galeri yang terdapat di dalam muzium ini ialah galeri tekstil, galeri diraja, galeri kraf, galeri sejarah, galeri senjata, galeri petroleum, dan lain-lain.
5. HUTAN LIPUR SEKAYU


  • Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali sebagai Air Terjun Sekayu terletak di dalam kawasan Hutan Simpanan Hulu Terengganu Dalaman. Mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesies tumbahan dan pokok terdapat di dalam hutan ini termasuk tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
  • Keunikan hutan ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang berjaya menarik perhatian pelancong.Air sungainya yang jernih dan sejk berjaya menarik pelancong dari luar dan dalam negara.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PERLIS

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PERLIS

1. HUTAN LIPUR BUKIT AYER
























  • Hutan Lipur Bukit Ayer merupakan kawasan hutan semulajadi yang amat sesuai dan menarik untuk menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi. Air sungai yang dingin dan jernih yang melalui panorama hutan tropika yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan, serta air terjunnya yang melata ke dalam kolam di bawah, menjadikan ia satu lokasi yang ideal bagi tujuan berkelah dan berehat.
  • Hutan Lipur Bukit Ayer terletak 12 km dari Bandar Kangar. Beberapa kemudahan disediakan untuk seperti pusat penerangan, chalet, tapak perkemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan tempat letak kereta.
  • Air terjun dan sungai yang mengalir jernih secara semulajadi mengindahkan suasana. Pada bahagian hilirnya pula terdapat sebuah kolam mandi yang cantik untuk para pengunjung.
  • Di sini juga dikhaskan sebuah kolam mandi untuk kanak-kanak. Tapak perkhemahan yang menampung kira-kira 100 orang peserta dilengkapi dengan tempat memasak dan sumber air yang bersih. Bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak terdapat denai yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Disini juga terdapat tempat permainan kanak-kanak, gerai makanan, bilik air, surau dan pondok-pondok rehat.


2. TAMAN REKREASI TASIK MELATI





  • Tasik Melati terletak 8 km ke utara Kangar di dalam kawasan seluas 10 hektar. Sementara tasik seluas 4.5 hektar ini terletak di kawasan tanah jenis paya / gambut. Terdapat lebih dari 150 buah pulau kecil di sekitarnya yang boleh dilawati dengan menggunakan bot atau sampan.
  • Tasik Melati juga merupakan satu tasik yang kecil dengan airnya yang cetek dan sangat menarik. Lebih dari 150 buah pulau-pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan ditasik ini. Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik, di sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirehat.
  • Tasik Melati terletak di utara Kota Kangar, Perlis. Ia adalah sebuah tasik yang kecil tapi indah. Ia mendapat namanya melalui bunga teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk berkelah, dan juga agak sesuai untuk menenangkan fikiran.


3. GUA KELAM





  • Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia iaitu gua yang berukuran 370-meter panjang yang berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36 km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Terbaru, Gua Kelam bakal menjadi tarikan baru di Perlis. 
  •  Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalan gua (“cave walk”)
  • Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. 

4. TAMAN NEGERI





  • Taman Negeri terletak di Sempadan Barat Negeri Perlis di mana Semenanjung Malaysia bercantum dengan Thailand. Ia berkedudukan di atas Banjaran Bukit Batu Kapur yang terpanjang di Malaysia (Banjaran Nakawan). Ia mempunyai lereng bukit yang diselubungi hutan tebal, dinding batu yang curam, anak sungai dan gua yang terpanjang. Taman Negeri terdiri dari hutan simpan Mata Ayer dan Hutan Simpan Wang Mu.
  • TARIKAN UNGGUL (Keindahan flora dan fauna, Trek Kambing Gurun, dan Air Terjun Lata Kasih)
  • KEMUDAHAN (kemudahan rekreasi seperti kayak, tandas, jalan raya,titian, wakaf dan apak perkhemahan)

5. MASJID TERAPUNG (MASJID AL-HUSSAIN)






  • Masjid Al Hussain, Kuala Perlis merupakan suatu binaan masjid terapung yang dibina berhampiran Jeti Kuala PerlisPerlis,Malaysia. Masjid ini telah dibina di tepi pantai Kuala Perlis menghadap laut Selat Melaka. Ia telah dibina hasil sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf dan dibuka 8 Ogos lalu. Imam Masjid Al Hussain kini ialah Mohammad Dhiya'al Hafidh Fatah Yasin.
  • Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis ini mengambil masa selama empat (4) tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM 12 juta. Sebahagian daripada binaannya menganjur ke laut Selat Melaka.
  • Resort tropika moden ialah tema seni bina yang ditonjolkan menerusi sentuhan artistik pada masjid itu. Konsep tersebut telah diterjemahkan pada laman dan suasana santai menerusi persekitaran masjid tersebut.

6.Selain itu anda juga blh melawati pelbagai tempat yang menarik di perlis seperti:

- MUZIUM KOTA KAYANG
- PADANG BESAR
- HUTAN LIPUR BUKIT KUBU
- TAMAN REKREASI TASIK TIMAH TASOH
- TAMAN ULAR DAN REPTILIA BATU PAHAT
- TAMAN BUNGA KERTAS TUANKU LAILATUL SHAHREEN
- BANDAR DIRAJA ARAU
- TITI GANTUNG PENGKALAN ASAM