Saturday, July 27, 2013

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PAHANG

Tempat-tempat menarik di Pahang

1. Cameron Highlands




  • Bagi seseorang yang gemar melakukan aktiviti luar, Cameron Highlands merupakan tempat yang sesuai untuk anda kerana cuacanya yang nyaman dan sunyi dapat membantu menghilangkan tekanan selepas bekerja. Bukit Resort Malaysia ini terletak kira-kira 4900 ke 5900 meter dari aras laut ke Banjaran Titiwangsa.
  • Antara tempat yang harus anda lawati ialah:
  1. Pasar Malam Brinchang. 
  2. Taman Agro Al-Mashoor
  3. Taman Agro Teknologi Mardi
  4. BOH Sungai Palas Tea Centre
  5. Kea Farm
  6. Taman Agro Tourism
  7. Cameron Bharat Plantations

2.  Genting Highlands















  • Terletak di Puncak Gunung Ulu Kali berketinggian 2000 meter. Genting Highlands menawarkan percutian ala Disneyland. taman teman beriklim sejuk ini menawarkan pelbagai permainan untuk seisi keluarga seperti rumah hantu dan rolller coaster. Untuk pasangan yang ingin menikmati suasana romantik, anda boleh menunggang kuda di Ladang Kuda Awana.
3. Pulau Tioman















  • Pulau Tioman pernah dinobatkan sebagai salah satu dari sepuluh lokasi "pulau untuk anda yang inginkan ketenangan". Pulau Tioman memiliki landskap yang menakjubkan dengan hutan hujan malar dari bukit yang menjadi titik tengah pantai hingga ke pasir putih memeluk pantai. Terdapat dua puncak iaitu Nenek Si Mukut dan Batu Sirau. 
4. Bukit Tinggi (Colmar Tropicale)














  • Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort ialah sebuah tempat peranginan berdekatan Genting Highlands yang berjaya menarik perhatian ramai pelancong sama ada dalam dan luar negara.  Berjaya Hills Resort terkenal dengan tema Perancis.Antara tempat yang menarik yang boleh dilawati sekitar Berjaya Hills Resort ini ialah The Chateau Spa Resort, Bukit Tinggi Golf and Country Club, Meranti Park Suites, Japanese Tea Garden dan Taman Arnab.
5. Pantai Cherating
















  • Pernah terkenal sebagai syurga " backpackers" kerana memiliki tarikan yang tersendiri. Pantai yang panjang dihiasi dengan pohon-pohon kelapa dan mempunyai pemandangan yang dapat memikat setiap mata yang memandang. Anda boleh cuba membuat batik sendiri atau belajar menyulam. Jika anda berkunjung pada bulan Julai hinga September, anda berpeluang melihat penyu-penyu hijau datang bertelur di Pantai Chendor.

3 comments:

  1. tmpat2 percutian di malaysia menarik juga...sy amat teruja dgn keindahan di pantai chendor...info yg yg diberikan juga amat menarik...tq... =)

    ReplyDelete
  2. hutan simpan endau-rompin pon cantik juga.....

    ReplyDelete